1. Pagi-pagi hari sewaktu memandu mood dan focus pada hari itu disentap oleh seseorang ataupun isu di pagi hari.
2. Memulihkan kembali focus dalam masa 20 minit selepas mood dan focus hari itu disentap
- Posted using BlogPress from my iPhone 3G S
Tuesday, May 11, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Hari Deklarasi ke-11
Buat isteri,
Selamat hari ulangtahun Deklarasi yang ke-11. Sesungguhnya 11 tahun yang kita kongsikan bersama ini banyak mengajar, mengasuh, mendidik juga tarbiah untuk diri kita mencari hakikat kehidupan ini.
Terima Kasih kerana atas keberanianmu di masa lalu. Berani mengetuk hati yang nerd ini. Berani mengubah prinsip dan pendirian yang tidak mampu mengembangkan diri. Berani berbicara tentang kehidupan akan datang. Dan terima kasih yang amat atas keberanianmu mempersuamikan diri ini.
Terima Kasih kerana menjadi ibu, rakan, teman dan pendidik untuk Aisyah dan Haddad. Menjadi tempat mereka meluah kasih, bertumpang sayang, berkongsi masa dan mewarisi keberanianmu.
Terima Kasih pada masa dan keterbukaanmu mendengar, mengkritik, mencadang, menghubung malah percaya akan tindakan yang suamimu ambil bila berhadapan dengan sesuatu isu. Malah, kepercayaanmu yang luhur terhadap barang perkara yang suamimu lakukan dan usahakan yang terbaik pada kemampuannya. Walau juga dia juga seperti manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Terima Kasih kerana memahaminya sebagai satu kesilapan dan bukannya kesalahan.
Tiada ucapan dan penghargaan yang terbaik untukmu di hari ini melainkan ucapan terima kasih dariku untukmu.
Aku Sayang Kamu !
Tuesday, February 23, 2010
Resignation vs Termination
Penggunaan sesuatu perkataan memainkan peranan dalam menyampaikan sesuatu maksud ayat itu. Apatah lagi sekiranya ianya merupakan patah perkataan yang dijalin dalam ayat-ayat surat yang formal. Penyampaian ayat-ayat dalam surat yang formal yang dicetak di atas letter head, apatah lagi ianya boleh membawa impak yang besar. Kesannya boleh berpanjangan sehingga tujuh keturunan.
Lalu, apa bezanya antara Resignation & Termination ?
Resignation :
res·ig·na·tion [rez-ig-ney-shuhn] Show IPA
–noun
1. the act of resigning.
2. a formal statement, document, etc., stating that one gives up an office, position, etc.
3. an accepting, unresisting attitude, state, etc.; submission; acquiescence: to meet one's fate with resignation.

Termination :
ter·mi·na·tion [tur-muh-ney-shuhn] Show IPA
–noun
1. the act of terminating
2. the fact of being terminated.
3. the place or part where anything terminates; bound or limit.
4. an end or extremity; close or conclusion.
5. an issue or result.
6. Grammar. a suffix or ending.
7. an ending of employment with a specific employer.

Sumber : dictionary.reference.com
Saya mengambil keputusan resign dari company terdahulu. Dan, saya telah menghantar surat resignation pada 3 Feb. 2010. Ianya telah melalui siri perbincangan dengannya sebagai rakan, downline dan pastinya secara baik. Malah salam terakhir telah saya hulurkan padanya pada 2 Feb 2010. Mengapa perlu dia mengarahkan company supaya saya di terminate. Surat yang dikeluarkan oleh company itu bertarikh 12 Feb 2010 merupakan satu niat jahat dia terhadap saya. Saya punyai hak untuk mempertahankan hak saya dan pelabur saya yang masih melaburkan duit mereka di sana. Silalah, dan silalah hentikan niat jahat anda itu.
Saya berdoa pada-Nya moga saya ditetapkan kesabaran dan keteguhan iman dalam melalui fitnah ini. Saya mohon juga pada-Nya agar pembuat onar ini dibukakan hatinya, berfikiran waras, sedar dan insaf akan tindakannya. Saya masih bersedia memaafkan dia.
Thursday, February 11, 2010
Dari iGCEF to PCIF

Officially advise my client to look for pure Tanah Besar China for "A" share sepertimana hasrat terawal in Jun 2009 bilamana greater China menjadi pilihan. Fund Manager in blue colour, your mandat dari kami untuk tanah besar China tak kesampaian. Sehingga Disember 2009 PCIF menyediakan capaian 48.69% berbanding iCGEF hanya 4.07%. This is our main purpose tapping on Greater China.

Moga hasrat kami ini kesampaian. Kami mahu lebih exposure to Tanah Besar China.
Wednesday, February 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



